[ad_1]
Sebelum ini, seorang pelakon wanita memberi amaran terhadap seorang pegawai pemasaran yang didakwa telah menipunya dengan mengenakan caj yang tinggi ketika melakukan urusan perniagaan.
Terbaru menerusi temu bual bersama Melodi, pegawai pemasaran tersebut dilihat tampil ‘membuka mulut’ serta menafikan semua kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon berkenaan.
Semua adalah fitnah
Menurut individu tersebut, semua kenyataan yang dilemparkan terhadapnya adalah fitnah. Tambah individu berkenaan, pelakon itu didakwa cuba untuk memutar belitkan cerita sehingga namanya terjejas.
Ada satu pelakon wanita yang popular dah viralkan saya. Saya nak menafikan kenyataan dia terhadap saya. Apa yang dia mention dekat Instagram, media sosial, live TikTok itu semua adalah fitnah. Saya rakan kongsi dia. Bila saya decide nak jadi rakan bisnes dia, saya tunggu dia. Saya dah tandatangan semua dokumen tapi tak dapat maklum balas daripada dia.
Dia spin banyak sangat itu ini sampai nama saya terjejas. Kita ada tugas masing-masing. Bahagian profit sharing dia tak setuju. Kenapa saya bahagian yang macam itu. Amaun yang dia sebut dekat media sosial itu adalah amaun tak tepat. Dia bagitahu saya sebagai orang yang pecah amanah, bawa lari duit dan curi duit. Macam-macamlah…netizen tak tahu dia ada juga mesej rakan kongsi saya yang lain. Dakwaan dia menjatuhkan reputasi peniagaan saya. Bila pecah amanah itu isu besar. Orang akan risau dengan saya.
Disoal sama ada sudah menghubungi pelakon tersebut ataupun tidak untuk menyelesaikan masalah, individu ini memberitahu dia sudah menghubungi pelakon berkenaan namun didakwa, tidak menerima sebarang respons.
Saya dah cuba dapatkan dia melalui IG. Saya ada telefon dan Whatsapp dia, tapi tak reply. Dia seen saja tapi tak respon. Saya nak dia berani datang berjumpa dengan saya. Kalau dia mention dakwaan dia yang saya ada berhutang dengan dia, dia kena ingat yang dia pun ada hutang dengan saya. Sebenarnya saya nak dia datang jumpa dan bertentang mata. Berbincang secara profesional dengan data yang sahih sebelum mengelirukan netizen.
Ditanya pula mengenai tindakan saman, individu ini memberitahu dia sudah mengenal pasti beberapa akaun yang mengeluarkan fitnah terhadapnya. Oleh sebab itu, dia bakal mengambil tindakan susulan.
Dengan dia pun saya akan ambil tindakan. Saya tahu dia ada plan nak datang jumpa saya. Saya pernah minta hutang tapi dia larikan diri. Dalam live mereka kutuk saya. Amaun itu tak besar. Memalukan kalau dia bawa benda ini ke sana ke sini. Saya memang ada perancangan nak buat sidang media nanti.
Video
[ad_2]