[ad_1]
Pempengaruh media sosial, Sajat mengakui banglo miliknya yang terletak di Seksyen 10, Petaling Jaya, Selangor akan mula dilelong pada 13 Mei depan.
Tak sedih pun
@nursajatlegacymy wlpn sementara biarla kita semua happ. takkan nak murung je dlm dunia ni. booth bengkung sajat dekat uptown Kota Damansara smpai mlm raya. jemput dtg… #fyppppppppppppppppppppppp #sajatvideo #sajat #fyp #bengkungsajat ? original sound – NURSAJAT LEGACY COSMETIC MY
Menerusi video siaran langsung di TikTok, Sajat menegaskan dia sudah menetap Australia dan langsung tidak berasa sedih selepas mengetahui berita tersebut.
Kata Sajat, bukan setakat rumah malah kereta yang dibeli juga sudah dijual.
Saya sudah duduk sini (Australia) bukan di sana (Malaysia), jadi lelonglah. Memang betul, rumah saya dilelong.
Sedih? Buat apa nak sedih. Kita (saya) duduk luar negara, gembira di sini.
Bukan setakat rumah kena lelong, kereta pun dah tiada. Apa pun sudah tak ada. Jadi, nak suruh saya balik buat apa? Memang tidak dah lah.
Saya sudah tinggal di sini, buat apa nak fikir lagi duduk di Malaysia. Bukan boleh balik pun. Dulu ada, disuruh pergi saja. Sudah keluar Malaysia nak suruh balik pula, kenapa?
Sentiasa dekat di hati
Dalam pada itu, Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menyatakan dia sudah gembira dengan kehidupan di Australia. Namun, Sajat tidak akan sesekali melupakan bumi Malaysia.
Biarlah saya hidup dengan gembira di sini. Walaupun kita jauh di mata, tapi dekat di hati. Anda saja duduk di Malaysia, seronok hidup di Malaysia tu. Orang macam saya ini, tak seronok duduk Malaysia. Macam anda, lelaki, perempuan seronoklah. Duduk saja.
Terdahulu, media melaporkan kediaman Sajat bakal dilelong oleh pihak bank dengan harga RM4.68 juta.
Menerusi hantaran seorang ejen hartanah, rumah itu pada asalnya dijual dengan harga RM9 juta. Bagaimanapun, dilelong dengan harga RM4.68 juta saja.
[ad_2]