Pelakon, Shakilla Khoriri mendedahkan dirinya terbuka hati memberikan keizinan buat bekas suami, Fizi Ali untuk mengambil dan berjumpa dengan anak mereka, Ameena Sofia selama empat hari selepas hampir tiga bulan tidak berjumpa.
‘Happy’ Fizi nak jumpa anak
Ketika ditemui , Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri berkata dia berasa sambay gembira kerana Fizi menyataka keinginan untuk berjumpa dengan Ameena.
Bila dia kata nak jumpa anak, saya pun happy dan akan ambil Ameena pada 1 Mac nanti, insyaa-Allah. Saya sebagai seorang ibu bagi sajalah dia (Fizi) ambil. Lagi cepat dia ambil pun tak apa.
Saya pun tak mahu lebih ramai orang terkesan dengan keadaan yang sedang berlaku.
Shakilla berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas proses sebutan hadanah pertama di hadapan pendaftar di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Khamis.
Dalam pada itu, pelakon yang terkenal dengan drama ‘Bisik-Bisik Gelora’ tersebut menjelaskan dirinya enggan mengeruhkan lagi keadaan sekaligus menyebabkan anaknya terkesan dengan situasi yang berlaku.
Saya buat ini untuk menjaga ‘mental health’ Ameena sebab saya tak nak dia terkesan dengan keadaan yang berlaku disebabkan oleh kesalahan ibu ayah dia sendiri.
Saya tak mahu perkara ini berpanjangan dan kalau boleh hari ini saya nak bawa dia berjumpa dengan ayah dia.
Tetapi saya tak mahu Ameena lihat keadaan yang berlaku hari ini sebab dia masih kecil, baru berusia lima tahun.
Apa yang berlaku hari ini tak bagus untuk dia.’
Video
Replying to @roseintan Syakilla pun gembira Fizi mahu jumpa anaknya kembali ??# #fyp #news #syakillakhoriri
? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!
Sekadar info, Fizi berjaya mendapat persetujuan daripada pihak Shakilla untuk berjumpa dengan Ameena selama empat hari bermula 1 Mac ini.
Terdahulu, prosiding Sulh tidak menemui jalan penyelesaian apabila kedua-dua belah pihak tiada kata sepakat mengenai kes tuntutan hadanah yang difailkan Fizi pada Disember tahun lalu.
Untuk rekod, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai dua tahun kemudian.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 5.
Fizi kemudiannya mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan seorang ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan iaitu Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.