Kakak kepada pelakon, Emma Membong iaitu Shikin Maembong meluahkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir pengguna media sosial yang tidak sensitif.
Soalan tak sesuai
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, seorang individu mendakwa Shikin mengubah wajahnya.
Sis buat muka ke? Tanya je , jangan marah.
Tidak cepat melatah, isteri kepada Cat Farish ini kemudian menjawab pertanyaan tersebut.
Bagaimanapun, usahawan berusia 40 tahun ini kesal dan menyifatkan individu tersebut tidak beradab.
Soalan tu macam tak sesuai, sebab kalau saya buat muka takkanlah ada kekurangan.
Kalau nak tanya dengan lebih beradab cuba DM tanya saya kenapa, bukan tanya macam ni.
Saya tak marah pun, daripada tanya macam ni, pergi ke TikTok saya dan sis akan jumpa jawapan kenapa muka saya macam ni.
Dalam masa yang sama, kelihatan kelibat kakak kepada Shikin yang berang dengan soalan warganet tersebut.
Itu kakak saya, semestinya dia emosi sebab ramai yang mengata muka saya. Semestinya saya sedih tapi saya tak tunjuk dekat orang. Saya menangis depan keluarga saya je.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji cara Shikin menjawab pertanyaan tersebut dengan tenang dan mengagumi kecantikannya.
Untuk info, sejak 12 tahun yang lalu Shikin atau nama sebenarnya Siti Nur’Ashikin Ismail mengalami masalah saraf yang menyerang bahagian wajahnya yang dikenali sebagai Bell’s Palsy.
Replying to @SZ Kan kaklong @coddy_maembong da marah ? sejenis orang jual cekopis dia tanye muke .. ? #catfarish #cekopisbyshikinmaembongdancatfarish #cekopis #cekopisbyshikinmaembong #birthdaygift #farewellgift #giveaway #freesatukotak #valentinedaygift #birthday #surprisegift #hariguru #shikinmaembong #shikinmaembong #viral #fyp? #fyp #popiacekodokpisang #popiapisang #farishikin #anniversarygift
? original sound – CEKOPIS.HQ – CEKOPIS.HQ