[ad_1]
Pelakon dan pelawak, Shuk Sahar mendedahkan seorang wanita pernah berkelakuan biadab terhadapnya berikutan kemelut rumah tangga yang menjadi perhatian ramai.
Momen pahit harus ditelan
Menerusi video podcast yang dimuat naik di TikTok, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkongsi pengalaman pahit ketika berdepan dengan orang awam selepas isu rumah tangganya menjadi bualan hangat.
Masa tu aku pergi makan char kuay teaw dekat Pulau Pinang dan ada seorang mak cik datang dengan famili.
Dia nampak aku dekat meja, dia tengok aku sambil dia bercakap dengan anak dia. Reaksi muka yang benci.
Bercerita lanjut, pelawak berusia 37 tahun itu mendakwa wanita berkenaan dilihat seolah-olah tidak berpuas hati lalu bertindak meludah di keretanya.
Aku parking kereta, dekat tempat meja aku makan. Masa mak cik tu nak gerak mungkin dia tahu itu kereta aku..dia ludah dekat kereta aku.
Aku nak bangun nak marah..kes aku tengah meletup. Orang kedai tu pun pandang aku tak okay, aku pun tak buat apa-apa. Itu tahap ‘cancellation’ Malaysia.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan tindakan wanita tersebut tidak wajar meskipun ramai yang mengecam Shuk ketika itu.
Untuk info, Shuk pernah mendirikan rumah tangga bersama Rossa Sera pada tahun 2015 sebelum sah bercerai pada Mac tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5.
Sebelum itu, kemelut rumah tangga mereka tular di media sosial berikutan Shuk didakwa berlaku curang.
@okletsgo.sg Makcik haters ludah kereta Shuk ? FULL EPISODE DI OKLETSGO ON SPOTIFY ???? #okletsgosg #fypsg #viralsg #fyp #fypmalaysia #viralmalaysia #shuksahar #podcast #podcastsg #podcastmalaysia #comedyvideo
? original sound – OKLETSGO – OKLETSGO
[ad_2]