Tiga jejaka yang mewarnai industri lakonan tempatan iaitu Hun Haqeem, Meerqeen dan Nadhir Nasar mencuri tumpuan ramai susulan penampilan mereka ketika menghadiri satu majlis, baru-baru ini.
Dah macam artis Korea
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, memaparkan Meerqeen bersama Hun dan Nadhir sedang menari dengan berlatar belakangkan lagu Tak Sanggup Terima nyanyian Sean Lee.
Video tersebut mendapat pelbagai respon daripada wargamanya yang rata-ratanya memuji kekacakan 3 sekawan ini. Malah mereka menyifatkan Hun, Meerqeen dan Nadhir mempunyai aura tersendiri yang membuatkan mereka kelihatan seperti bintang kpop.
Tidak kurang juga, ada yang menyamakan wajah ketiga-tiga jejaka kacak ini seperti artis kesayangan mereka antaranya Na In Woo dan Lee Jae Wook. Mereka turut menyuarakan pandangan agar Hun, Meerqeen dan Nadhir menubuhkan satu kumpulan ala-ala kpop tetapi versi Malaysia atau bergabung dalam satu filem atau drama yang diadaptasi daripada drama Korea.
Komen