Persembahan kumpulan The Gadys dalam satu majlis berprestij baru-baru ini, mendapat kecaman yang teruk daripada netizen berikutan suara dan kualiti vokal yang dimiliki oleh mereka bertiga agak kurang baik.
Tak boleh brain
Di Facebook, komposer Julfekar dilihat meluahkan rasa kecewa dengan kualiti persembahan kumpulan tersebut.
Memang tak boleh brain. Macam buat persembahan di sekolah sahaja. Meleleh taik telinga. Macam ni pun boleh lepas buat persembahan. Apalah jadi dengan industri muzik kita ni.
Selain Julfekar, netizen turut membanjiri ruangan komen kumpulan tersebut di Instagram. Ujar netizen, ketiga-tiga ahli kumpulan tersebut sesuai menjadi model dan bukan penyanyi.
Bukan itu sahaja, netizen memberi nasihat kepada mereka untuk memasuki kelas vokal sekiranya hendak menyanyi dan memenuhi mana-mana jemputan yang diterima.
Video
Terdahulu, The Gadys yang terdiri daripada Aznie, Ayuni dan Thamiera menyampai tiga lagu medley iaitu Cintaku Sampai Ke Ethiopia, Cinta Sampai Mati serta Gadis Dan Bunga.