Video Viral: Vida Geram Marissa Jadi Penyondol, Sanggup Bermadu Padahal Ramai Lelaki Kaya – ‘Aslam Bukan Ada Duit Rasanya’

Shopee CNY Sale



vida marissa aslam

Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida tidak dapat menahan rasa marah dengan tindakan anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang bernikah dengan Ahmad Aslam secara rahsia di Songkhla, Thailand pada Disember tahun lalu.

Otak letak dekat lutut?

Marissa anak norman

Di Instagram (IG) miliknya, Vida kesal dengan Marissa yang sanggup merosakkan kebahagiaan rumah tangga wanita lain dengan menjadi isteri kedua kepada Aslam.

Kata Vida, Marissa cukup sempurna dengan anugerah kecantikan yang diberikan Allah.

Luah rasa geram lagi, ahli perniagaan berumur 52 tahun menyifatkan Aslam seorang lelaki yang tidak berduit.

Hey! Saya sebagai mak, geramnya. Kenapalah bernikah dengan budak seperti itu? Bukan ada duit rasanya. Tapi duit nombor dua.

Mu (Marissa) jadi madu orang (isteri kedua), menyondol? Kenapalah? jadi madu orang (isteri kedua), menyondol. 

Kenapalah? Punya ramai lagi jantan kaya, muka lagi comel (kacak), boleh ambil, otak mu letak dekat lutut ke?

Saya sebagai mak, rasa sakit. Tak tahulah mak ayah sebenar dia (Abby dan Norman) rasa macam mana. Geramnya, anak kita jaga, lahirkan punyalah cantik, pergi nikah dengan suami orang. Janganlah.

Doa untuk Norman & Abby

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Bagaimanapun, pelantun lagu Muah Muah Raya turut mendoakan agar urusan Norman dan Abby dipermudahkan dalam mengharungi dugaan anak.

Pada Rabu lalu, kakak ipar kepada Aslam mengesahkan adik iparnya sudah berkahwin dengan Marissa pada 27 Disember lalu.

MENARIK:  'Tanyaan Sentiasa Adakah Rasa Itu?’ Buah Tangan Terkini Misha Omar, Beri Harapan Peminat Ulangi Kejayaan Lagu ‘Sampai Bila’

Pasangan itu dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama, Misya Mazlan dan keluarga Marissa.

Bagaimanapun, Norman dan Abby terus mengunci mulut sehingga ke hari ini berhubung isu tersebut.

Malah usaha untuk mendapatkan kenyataan dua selebriti itu juga tidak berjaya apabila mereka tidak membalas pesanan mesej ringkas yang dikirimkan.

Terdahulu, Marissa menerima kecaman hebat sekitar setahun yang lalu apabila timbulnya dakwaan yang mengatakan dia menjadi orang ketiga dan penyebab kehancuran rumah tangga Misya.

Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda.

Pada November tahun lalu, ibu kepada dua cahaya mata itu tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan bekas suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun.

Menerusi ciapan di X, wanita terbabit mendakwa Marissa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale