Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang jurusolek sedang sibuk menatarias seorang individu yang dipercayai merupakan pengantin lelaki.
Tersalah tatarias pengantin
Menerusi video pendek yang dikongsikan di TikTok, seorang individu dilihat sudah siap memakai busana pengantin berwarna kuning keemasan sementara juru solek sedang mengambil beberapa perhiasan untuk dipakaikan kepada raja sehari itu.
Tiba-tiba, individu yang dipercayai adalah pengantin lelaki tersebut bertanya adakah busana yang dipakainya itu adalah pakaian raja sehari kemudian juru solek mengiyakan pertanyaan tersebut. Namun siapa sangka, rupa-rupanya, individu itu bukanlah pengantin yang sebenar sebaliknya dia hanyalah adik kepada pengantin.
Kesilapan tersebut berlaku kerana wajah kedua-dua adik beradik itu hampir seiras dan boleh dikatakan mereka seperti pasangan kembar.
Video yang dikongsikan telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya terhibur melihat situasi yang berlaku. Malah mereka turut mempersoalkan mengapa individu itu merela dan tidak mengaku dari awal bahawa dia bukanlah pengantin sebenar.
Yang kau merelakan tu kenapa
Kau pun rela je orang pakaikan baju tu kenapa bang
Kenapa sebelum dia bagi pakai kau tak bagitahu dia bukan pengantin
Jurukamera pun, member dah siap baru cakap bukan pengantin
Tu tandanya jodoh dah dekat