Home Trending Vocket Melancarkan Kempen Cakna Duit untuk Membantu Rakyat Malaysia Memahirkan Diri dalam Urusan Kewangan

Vocket Melancarkan Kempen Cakna Duit untuk Membantu Rakyat Malaysia Memahirkan Diri dalam Urusan Kewangan

0
Vocket Melancarkan Kempen Cakna Duit untuk Membantu Rakyat Malaysia Memahirkan Diri dalam Urusan Kewangan

[ad_1]



vocket cakna duit

Menerusi laporan Berita Harian, hanya 20 peratus rakyat dewasa bekerja di Malaysia mampu menampung perbelanjaan hidup bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan jika hilang pendapatan disebabkan tiada tabung kecemasan.

Sekiranya keadaan ini berlarutan, mampukah seseorang individu itu menguruskan kewangan dengan stabil dan memberi jaminan di masa hadapan?

Justeru itu, adalah sangat penting untuk rakyat Malaysia mula celik tentang cara berbelanja dan membuat simpanan kewangan.

Kempen ‘Cakna Duit’ kongsi ilmu urus kewangan

vocket cakna duit

Gambar sekadar hiasan

Menerusi kaji selidik dilakukan Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN), mendedahkan sebanyak 84 peratus rakyat Malaysia tiada simpanan tetap setiap bulan.

Pengerusi Bersama FEN yang juga Pengarah Jabatan Rangkuman Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM), Nor Rafidz Nazri, berkata kaji selidik setiap tiga tahun itu juga mendapati bahawa 27 peratus rakyat yang bekerja sangat bimbang dengan keupayaan untuk membiayai perbelanjaan hidup pada hari tua.

Tahap literasi kewangan rakyat Malaysia masih rendah. Kajian mendapati 69 peratus lebih suka berbelanja berbanding menyimpan yang sekaligus menyebabkan mereka tiada simpanan untuk kegunaan jika berlaku kecemasan. Malah, sebanyak 47 peratus mengakui mereka sukar menyediakan wang kecemasan RM1,000.

Oleh itu, REV Media Group menerusi Kempen Cakna Duit adalah inisiatif untuk memperkasakan pengetahuan kewangan rakyat di negara ini dengan menyajikan topik-topik kewangan yang boleh membantu anda.

Menurut Ketua Kandungan Rangkaian Bahasa Melayu, REV Media Group, Noraniza Azmi berkata bulan Januari adalah masa terbaik untuk memulakan kempen ini, selaras dengan misi untuk celik kewangan 2024.

Kempen celik kewangan melibatkan portal Vocket yang akan berlangsung selama tiga bulan ini (Januari – March) bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan rakyat Malaysia agar lebih peka dalam hal kewangan sama ada mengenai kripto, perancangan bajet kewangan, cara meningkatkan skor kredit, dan lain-lain.

Dalam masa yang sama, beliau juga berharap agar rakyat Malaysia akan lebih peka tentang pengurusan kewangan menerusi kempen tersebut.

Diskusi kewangan secara santai untuk tarik minat rakyat Malaysia

vocket cakna duit

Gambar sekadar hiasan

Sementara itu, Ketua Editor The Vocket, Azam Anwar berkata segala topik perihal pengurusan kewangan akan dibincangkan secara santai oleh pakar yang dikenali di media sosial selain pelbagai lagi usaha diketengahkan Vocket untuk kempen ini.

Pihak editorial Vocket bakal menampilkan beberapa individu yang pakar dalam bidang yang diceburi. Untuk bulan Januari ini, kami menemubual Aznah Abas, seorang credit card enthusiast (pakar kad kredit) untuk bertukar pendapat dan membetulkan persepsi masyarakat tentang kad kredit dalam sesi VOCCAST.

Selain itu, kami juga akan menghasilkan video ulasan aplikasi kewangan yang boleh dimuat turun secara percuma supaya boleh membantu orang ramai mengurus kewangan mereka.

Untuk mendapatkan perspektif rakyat Malaysia pula, kami juga merancang untuk menemubual orang ramai secara rawak tentang topik kewangan dan dirangkumkan dalam beberapa video pendek ‘Voxpop’.

Semestinya, terdapat juga perkongsian tip kewangan daripada pakar dan pemilik bisnes dalam bentuk artikel.

Diharapkan matlamat utama Kempen Cakna Duit iaitu bagi menarik minat setiap orang terutamanya golongan muda untuk mula merancang kewangan mereka dapat memperoleh respon yang baik daripada rakyat Malaysia.

Layari thevocket.com/caknaduit untuk mulakan perjalanan bijak kewangan anda.

The following two tabs change content below.

[ad_2]