Sebelum ini, penyanyi atuk Aishah meluahkan rasa musykil dengan pemilihan rakan duet bagi pertandingan All Stars Gegar aganza (ASG) minggu keempat yang akan datang. Berikutan daripada itu, rata-rata netizen meninggalkan komen berbaur kecaman buat pelantun suara ‘Janji Manismu’ ini.
Bukan itu sahaja, seorang individu dilihat ‘menyekolahkan’ Aishah berhubung kenyataannya ‘Alhamdulillah, semoga dengan berbagai kecaman ini akan mengurangkan dosa-dosa yang lepas’ di nstagram.
Tipu kalau saya tak pernah menangis
Menurut Aishah, dia pernah menangis akibat kecaman yang diberikan oleh netizen. Namun begitu, sebagai penyanyi Aishah berkata, dia perlu menjadi seorang yang professional dan ‘bangkit’ semula untuk meneruskan kehidupan.
Apabila seseorang dimaki, dicaci, dikeji, mungkin yang menulis dan berkata itu tak tahu bagaimana mereka telah menyakiti orang yang dikecam dan adakalanya difitnah. Tipulah kalau kata tak pernah menangis akibat kecaman ini. rang tak nampak sebanyak mana airmata kami ni yang gugur.
Cuma sebagai seseorang yang professional kita bangun semula, keringkan airmata dan move on. Allah swt. saja tau sakitnya. Apa yang saya belajar apabila Allah beri ujian kepada kita, tak kiralah ujian sakit, fizikal, emosional dan mental nsyallah akan dilupuskan sedikit dosa-dosa yang lalu.
i samping itu, Aishah tampil bersuara berhubung komen yang ditinggalkan oleh seorang individu berhubung kenyataan dosa dan pahala.
Sememangnya saya bukan ahli agama,tapi itu yang saya faham. Sakit bukan dari fizikal saja, emosional dan mental juga boleh disakiti. Sekiranya saudara ni lebih arif tentang agama, boleh saja betulkan sekiranya pemahaman saya ni salah. alam slam kita boleh menegur dan nasihat. Tapi tak ada keperluan untuk menyindir dan seolah menghina pemikiran saya.
Kalau tuan lebih arif sila hujahkan fakta yang munasabah dan mengikut peradaban slam. slam itu indah. Para asatizah sekelian sangat saya alukan untuk memberi pandangan sekiranya apa yang tulis itu tidak benar. Berdakwahlah dengan berhemah.