Isu membabitkan pelakon tampan Aniq Suhair yang didakwa telah hamilkan seorang wanita terus menjadi topik bualan hangat wargamaya hingga ke hari ini.
RM60 ribu gugurkan kandungan?
Wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu mendakwa aktor tersebut telah memintanya untuk mengugurkan kandungan sehingga dia menghadapi jangkitan di bahagian rahim.
Dakwa wanita tersebut lagi, dia sudah termakan dengan pujuk rayu pelakon itu yang berjanji untuk menjaganya sekiranya dia menggugurkan kandungan. Namun, secara tiba-tiba menghilangkan diri dan tidak mahu bertanggungjawab.
Menerusi beberapa siri hantaran di TikTok, wanita tersebut turut berkongsi kronologi kes membabitkan dirinya dengan aktor itu.
Sementara itu, menerusi satu sumber yang diterima, wanita berkenaan didakwa telah menerima sejumlah wang bernilai RM60,000 daripada aktor terbabit bagi menampung kos untuk menggugurkan kandungan.
Selain itu, sumber juga mendakwa wang tersebut sebagai ‘hadiah’ supaya wanita berkenaan menutup mulut dan tidak menghebohkan kepada umum.