Wanita Tergamak Membunuh dan Membuang Bayi Dalam Sungai Kerana Tertekan Anak Tak Boleh Merangkak

Shopee CNY Sale



Seorang wanita ditahan selepas dia tergamak membunuh dan membuang bayinya yang baru berusia sembilan bulan ke dalam Sungai Molong di Dudun Emang, Indonesia.

Mengalami tekanan

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Tribun News, suspek yang berusia 21 tahun itu pernah mengalami tekanan apabila sering disuruh masak oleh ibunya.

Disebabkan itu, berlaku pertengkaran antara mereka dan suspek kemudian keluar dari rumah menunggang motosikal bersama anaknya ke Sungai Molong.

Bukan itu sahaja, suspek juga tertekan akibat sering diejek oleh jirannya kerana perkembangan anaknya yang lambat dan tidak boleh merangkak seperti kanak-kanak lain.

Saksi kejadian yang melihat suspek membuang anaknya ke dalam sungai segera menghubungi pihak polis.

Mangsa ditemui mati dan terapung 40 meter dari tempat pembuangan sampah.

MENARIK:  Jejaka Sanggup Jadi 'Pak Sanggup' Kerana Kekasih Hamil Anak Lelaki Lain Akibat Cinta Yang Terlalu Mendalam

Berdasarkan hasil bedah siasat, terdapat kesan luka di bahagian kiri leher dan pergelangan tangan mangsa. Suspek disyaki mengelar leher dan tangan mangsa menggunakan pisau.

Walau bagaimanapun, suspek masih menjalani pemeriksaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sumbawa.

The following two tabs change content below.

Maya Anisha
Maya Anishahttps://murahviral.com
Melukis cerita dengan warna kelembutan. Menemui keunikan dalam setiap rona kehidupan. Pencinta kata yang berjiwa, obsesinya yang indah!

Artikel Berkaitan

SERTAI TELEGRAM GROUP KAMITelegram Group Murah Viral

Instagram

Popular Hari Ini

IKLANShopee CNY Sale