Home Trending Watie Hanifiah Memutuskan Untuk Pasrah Apabila Instagram Digantung – ‘Allah Menginginkan Saya Fokus Pada Keluarga, Tiada Lagi Media Sosial’

Watie Hanifiah Memutuskan Untuk Pasrah Apabila Instagram Digantung – ‘Allah Menginginkan Saya Fokus Pada Keluarga, Tiada Lagi Media Sosial’

0
Watie Hanifiah Memutuskan Untuk Pasrah Apabila Instagram Digantung – ‘Allah Menginginkan Saya Fokus Pada Keluarga, Tiada Lagi Media Sosial’

[ad_1]



Watie Hanifiah

Sebelum ini, pelawak dan usahawan Shuib memaklumkan Instagram milik isterinya iaitu Watie Hanifiah telah digantung atau ‘suspended’.

Pasrah

Watie Hanifiah

Terbaharu, Watie berkata dia akui pasrah sekiranya tidak berjaya mendapatkan semula akaun tersebut.

Bagaimanapun katanya, dia berasa sedikit sedih apabila beberapa urusan kerja yang menggunakan akaun berkenaan terpaksa ditangguhkan.

Setelah IG lama masih tak di kembalikan, jadi IG baru ini gambar pertama kena lah post muka dengan daddy (Shuib). Mula-mula memang tak ada rasa nak nangis ke apa, cuma otak banyak fikir tentang urusan kerja terpaksa ditangguhkan.

Sebenarnya saya dah sampai tahap pasrah, Kun Faya Kun. Kalau Allah kata ada rezeki adalah, kalau tiada memang dah rasa malas dah nak buat IG baru.

Watie berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram baharunya yang menggunakan nama @iamwatie_hanifiah.

Dalam perkongsian sama, pemilik nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berseloroh mengatakan mungkin itu petanda untuknya tidak lagi bermain media sosial dan memberikan fokus kepada keluarga.

Saya anggap mungkin Allah nak saya bagi tumpuan sepenuh masa dekat suami dan anak-anak, no more sosial media.

Tapi itu lah, saya pula sejenis tak pandai duduk diam, IG dah tak ada pun masih sampai China, otak masih fikir nak meniaga macam-macam.

Terima kasih daddy bagi semangat dekat mummy untuk buat IG baru. Terharu sangat sebab ada yang masih sudi sokong dan follow IG baru saya. Sayang kalian sangat-sangat.

Terdahulu, Shuib berkata isterinya akui sedih sehingga menangis apabila Instagram yang menggunakan nama @iamwatie telah digantung.

Shuib turut meminta pandangan orang ramai yang pernah berdepan nasib sama dan meminta bantuan mana-mana pihak yang mahir untuk mendapatkan semula akaun Instagram isterinya.

The following two tabs change content below.

[ad_2]