Home Trending Wawa Zainal Beri Amaran Kepada Aeril Zafrel Untuk Tidak Berlebihan Dalam Mencari Keserasian

Wawa Zainal Beri Amaran Kepada Aeril Zafrel Untuk Tidak Berlebihan Dalam Mencari Keserasian

0
Wawa Zainal Beri Amaran Kepada Aeril Zafrel Untuk Tidak Berlebihan Dalam Mencari Keserasian

[ad_1]



Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal memberi peringatan kepada suaminya yang juga seorang aktor, Aeril Zafrel jika ingin bergandingan dengan mana-mana pelakon wanita.

Artikel berkaitan: ‘Akak Salah Faham Ni’ – Individu Dakwa Aeril Zafrel ‘Madukan’ Wawa Zainal Dengan Marissa Dania?

Artikel berkaitan: ‘Baik Macam Mana Pun Tetap Ada Tak Suka’ – Aeril Zafrel & Wawa Zainal Tiada Niat Tayang Kemewahan

Beri amaran awal-awal

Menurut Wawa atau nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin, 32, untuk membina ‘chemistry’ dalam lakonan tidak perlu kemesraan berlebihan walaupun semasa berada di set penggambaran.

Saya sebagai isteri tak pernah meletakkan syarat kalau dia (Aeril) dapat sebarang tawaran berlakon.

Malah saya tak kisah dengan siapa dia digandingkan tapi saya beri amaran kepadanya tak perlu berlebih-lebihan dengan pelakon wanita.

Bila dengar atau baca kisah artis terjerebak dalam isu curang, saya memang pesan dekat suami agar jaga diri dan tidak buat perkara serupa.

Tak payahlah alasan nak cari keserasian sampai perlu bermesra berlebih-lebihan. Saya memang tak boleh terima benda begitu.

Sementara itu, Aeril berpendapat tidak salah mencari keserasian bersama pelakon wanita tetapi perlu ada batasnya.

Nak cari keserasian itu ada ketikanya perlu jaga tapi kalau untuk orang yang tahu batas sahaja.

Keserasian itu kadang-kadang boleh dibuat melalui komunikasi seperti berbual tapi janganlah sampai berlebihan.

Tak patut ‘blacklist’ nama artis terpalit kontroversi

Mengulas tentang tindakan sesetengah pihak menyenarai hitam nama artis terpalit kontroversi, kata Aeril tindakan tersebut sepatutnya dilakukan sekiranya seseorang artis itu sudah terbukti bersalah mengikut undang-undang.

Bagi saya selagi tidak disabitkan dengan sebarang hukuman di mahkamah, kita tiada hak untuk blacklist mereka.

Tapi perkara ini terpulang kembali kepada pihak produksi kerana ia keputusan mereka.

Bagaimanapun, dia mengatakan kontroversi yang sedang hangat diperkatakan juga banyak membuka mata lebih ramai golongan selebriti untuk menjaga nama baik mereka.

Sebenarnya perkara seperti ini memberi pengajaran juga kepada rakan-rakan artis lain untuk tidak buat hal.

The following two tabs change content below.

[ad_2]