[ad_1]
Boleh dikatakan wanita dan fesyen tidak dapat dipisahkan dan ia merupakan lumrah untuk mereka tampil cantik dan bergaya. Bukan saja soal pemilihan aksesori, malah gajet pintar juga mempengaruhi keterampilan.
Ia tidaklah kerana kecanggihan teknologinya semata-mata, tapi reka bentuk yang moden dan penuh fesyen juga turut dititikberatkan. Sama juga macam jenama Xiaomi dan Swarovski ini. Dengar cerita banyak juga kelebihan tentang kolaborasi ni tau!
Ekspresikan penggayaan diri dengan karya baharu Xiaomi
Kedua-dua nama yang gah ini telah bekerjasama dalam memberikan apa yang terbaik untuk pelangggan mereka. Yang menariknya, kolaborasi ini hadir dengan rekaan kotak hadiah istimewa edisi terhad yang diserikan dengan kilauan rantai leher Swarovski tau!
Ini adalah satu benda yang baharu yang ditampilkan oleh Xiaomi bagi penggemar fesyen dan membawa gaya memenuhi sinergi teknologi kepada semua orang.
Xiaomi juga berusaha dalam menghasilkan sesuatu yang unik dan istimewa, dimana Edisi Baru Xiaomi 11 Lite 5G NE adalah karya inovatif yang menggabungkan ciri yang unggul dengan reka bentuk yang luar biasa.
Hadir dengan berat 158g, menjadikan peranti pintar ini nipis dan ringan. Ia juga bersesuaian dengan rekaan seni koleksi perhiasan Swarovski yang begitu ikonik.
Didatangkan dengan 4 warna menarik
Paling istimewa, Xiaomi 11 Lite 5G NE ini turut didatangkan dengan empat warna menarik iaitu Truffle Black, Bubblegum Blue, Peach Pink dan juga Snowflake White. Ia diinspirasikan melalui Swarovski dan mempunyai aura tersendiri yang mampu menyerlahkan diri dan penampilan.
Bukan tu saja, dengan gabungan Xiaomi dan Swarovski menerusi kotak edisi terhad, korang sangat bertuah tau kerana dapat menggayakan peranti itu bersama aksesori rantai leher yang cukup mewah.
Ha…kalau nak hadiahkan dekat orang yang tersayang pun memang sesuai sangat lah kan? Mungkin hadiah ini akan menjadikannya cukup bermakna buat mereka.
Tampil dengan ciri-ciri yang hebat
Selain itu, peranti pintar Xiaomi 11 Lite 5G NE ini juga telah menampilkan ciri-ciri hebat yang korang semua perlukan iaitu:
1. Reka bentuk yang menarik
- Skrin AMOLED 6.55” dan Corning Gorilla Glass 5. Korang boleh nikmati skrin visual yang lebih besar dan lebih tahan lama.
- Xiaomi telah menambah baik Dolby Vision dimana ia menyokong kedalaman warna 10-bit dan memaparkan warna-warna terang untuk pengalaman visual yang lebih mengasyikkan.
- Xiaomi 11 Lite 5G NE juga membolehkan korang untuk menikmati grafik yang jelas dan menakjubkan kerana ia dilengkapi dengan kadar penyegaran 90Hz.
- Mempunyai ketebalan hanya 6.81mm, ia menjadikan telefon pintar Xiaomi ini adalah yang paling nipis setakat ini. Dengan rekaan nya yang ringan juga menjadikannya selesa untuk dipegang dalam jangka masa yang lama.
2. Dapat menghasilkan gambar dan rakaman video yang cantik & berkualiti
- Xiaomi 11 Lite 5G NE mempunyai kamera tiga belakang, dengan kamera utama 64MP, lensa f/1,79, 6P dan kamera sudut ultra lebar 8MP dengan pandangan 119 darjah.
- Mempunyai kamera Telemakro 5MP, dengan autofokus 3cm hingga 7cm.
- Ia juga menyokong mod malam dan ultra-wide. Ia menjadikannya lebih mudah bagi korang yang nak hasilkan rakaman yang baik dan jelas.
3. Mempunyai prestasi yang menakjubkan
- Menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 778G dengan capaian 5G.
- Dengan keupayaaan Xiaomi 11 Lite 5G NE ni sangat bagus kerana ia cukup berkuasa dan antara yang terbaik dalam kategorinya.
Jom rebut peluang untuk dapatkan promosi kotak edisi terhad istimewa ini!
Ha…korang tunggu apa lagi tu? Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan promosi Kotak Edisi Terhad ini yang berharga dari RM1,399.
Ia hanya ditawarkan dalam tempoh masa yang terhad di kedai Xiaomi terpilih dan sementara stok masih ada tau!
[ad_2]