Pelakon Zahiril Adzim, sedar dia menerima banyak kecaman di media sosial berikutan watak ‘Doktor Omar’ yang dilakonkan olehnya dalam drama ‘Aku Bukan Ustazah’.
Teruk saya dikecam
Menerusi temu bual bersama Zahiril berkata, watak tersebut memberi impak kepada penonton sehinggakan mereka mahu memukulnya.
Teruk saya dikecam, seteruk yang mana sehingga ada yang nak pukul saya dan nak jumpa saya di luar. Setiap hari ada orang Direct Message (DM) maki saya. Setiap hari penuh saya punya peti masuk sampai saya tak larat nak baca.
Saya okay tiada masalah dengan orang kecam sebab kita tahu ada ‘engagement’. Tapi bila sudah sampai maki-maki, saya rasa itu tidak perlu. Sebabnya ini adalah satu drama yang kita tahu untuk beri pengajaran.
Setakat ini tiada yang terlalu melampau. Saya okay saja tiada masalah selagi tidak kacau keluarga saya. Tapi alhamdulillah tiada yang maki keluarga saya, yang ada pun cuma komen dekat gambar isteri sahaja.
Zahiril yang ditemui di sesi ramah mesra bersama pelakon Aku Bukan Ustazah di acara Immersio : Inspirasi Generasi By TV3 di Muzium Telekom hari ini, memberitahu dia tidak mahu membalas setiap komen negarif yang mengecam lakonannya.
Saya tidak balas, tapi saya akui ada yang komen nak hantar santau. Tapi tiadalah yang berbuat demikian.
Berbicara lebih lanjut, Zahiril meluahkan rasa gembira apabila drama tersebut ditonton oleh masyarakat di luar Malaysia juga.
Ada juga penonton dari Indonesia, Brunei dan Thailand yang mmgecam. Tapi bila melihat perkara itu tidaklah saya terfikir dapat tawaran di sana, sebab tugas saya hanyalah ‘translate’ naskhah itu ke dalam karakter.
Bagi saya, satu perkara yang menarik perhatian ramai adalah disebabkan isu keganasan rumah tangga. Jarang ada cerita pasal ini. Itu juga isu yang saya nak ketengahkan supaya kita sebarkan kesedaran.
Kalau siapa ada alami masalah, jangan teragak-agak untuk melaporkan. Carilah bantuan dan pertolongan. Budaya kita ini macam malu nak minta tolong dekat orang. Kita kena buang sikap itu.
Sekadar info, drama bersiri 28 episod terbitan Global Station Sdn Bhd yang diarahkan oleh Idora Abdul Rahman ini menampilkan pelakon seperti Erysha Emyra, MK K-Clique, Zahiril Adzim, Haneesya Hanee, Shaza Bae, Qistina Khaled, Fikhree Bakar, Ahmad Syafiq, Razak Ahmad, Fadilah Mansor, Azhar Sulaiman, Danial Dashuki dan Syad Mutalib.