[ad_1]
Aktor senior, Zamarul Hisham tidak menghalang anak lelakinya, Mohamed Kash Haiqal, 13, untuk mengikuti jejak langkahnya bergelar pelakon.
Waris bakat lakonan
Ketika ditemui , Zamarul atau nama lengkapnya Zamarul Hisham Mohamed berkata, dia tidak menolak kemungkinan bahawa anaknya itu mampu menjadi pelapis dirinya suatu hari nanti.
Malah, Zamarul melihat Kash menunjukkan kesungguhan dan minat yang mendalam dalam bidang lakonan.
Insya-Allah kalau diizinkan dan kalau itu (berlakon) pilihan dia, itu yang dia minat saya sokong sahaja. Kerana saya lihat dia memang minat ke arah itu, saya tidak akan menghalang.
Pada mulanya saya sukar nak lepaskan dia berlakon, tapi lepas saya nampak dia memang minat sehingga dia buat jadual dia sendiri, ‘binding’ apa semua, jadi saya lepaskan jelah.
Zamarul berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama bersiri Pewaris Cinta yang diadakan di Grand Barakah Hotel, Ampang, pada Jumaat.
Berkongsi mengenai pembabitan awal Kash dalam dunia lakonan, suami kepada aktor Diana Rafar itu berkata anaknya bermula sebagai ‘bidang terjun’ dalam sebuah drama.
Dia mulanya ikut saya ketika dalam pengambaraan sebuah drama, kemudian pengarah tanya kepada dia mahu atau tidak untuk berlakon dan dia jawab nak.
Saya terkejut sebab biar betul dia nak berlakon, tapi saya benarkan sahaja kerana dia hanya berlakon sebagai watak anak kepada saya dalam drama tersebut.
Dalam pada itu, aktor berusia 52 tahun itu menasihati anaknya untuk tidak terlalu fokus dengan dunia lakonan dan menegaskan bahawa pelajaran lebih penting.
Habis drama ini (Pewaris Cinta) saya tak bagi dia berlakon. Misal kata tawaran datang sebelum cuti sekolah saya tidak akan benarkan, saya akan benarkan hanya semasa cuti sekolah, saya percaya dengan rezeki.
[ad_2]